selamat datang

selamat datang

assalamualaikum

assalamualaikum

Tuesday, 28 October 2014

VIDEO SET INDUKSI

INTERNET

Maksud Internet

Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia.  Kebanyakkan organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet.

Perkhidmatan internet
Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet  seperti komunikasi, pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian, organisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi  maklumat aplikasi web, muat turun video, emel, berbual secara dalam talian (chatting) dan lain-lain.

Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal perkhidmatan Internet  merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax dan Yes.

Pengkelasan Laman Web

Pada asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat  yang berasaskan teks sahaja.  Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat dan informasi.  Sekarang dengan adanya World Wide Web atau Internet maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan  kategori.  Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.

Perbezaan HTTP dengan HTTPS

Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada laman web seperti blog yang tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit. Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) pula bekerja dengan SSL di mana SSL Digital Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum menggunakan HTTPS.  Biasanya HTTPS digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contohnya laman web perbankan atas talian, e-mel, dan laman web e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya HTTPS dijual oleh penyelia web hosting.  SSL Digital Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan pada laman e-dagang. 

Sekiranya laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat tersebut bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak jangan masukkan demi keselamatan anda.



DSKP TMK TAHUN 4

DSKP TMK TAHUN 4

DSKP TMK TAHUN 5

DSKP TMK TAHUN 5

PERKAKASAN & PERISIAN KOMPUTER

1  Komponen Rangkaian
    Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :
·        Kabel rangkaian
·        Kad antaramuka rangkaian (NIC)
·        Hab
·        Suis (Switch)
·        Modem
·        Penghala (Router)

·        Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)


Monday, 27 October 2014

RANGKAIAN KOMPUTER

Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared).