TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK)
selamat datang
assalamualaikum
Tuesday 28 October 2014
INTERNET
Maksud Internet
Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakkan
organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta,
institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke
Internet.
Perkhidmatan internet
Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi, pembangunan dan
penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian, organisasi
informasi, peribadi, hiburan, berkongsi
maklumat aplikasi web, muat turun video, emel, berbual secara dalam
talian (chatting) dan lain-lain.
Pembekal
perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna
dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya,
pembekal perkhidmatan Internet merupakan
syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh
melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan
internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax
dan Yes.
Pengkelasan Laman Web
Pada
asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan
maklumat dan informasi. Sekarang dengan
adanya World Wide Web atau Internet
maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan kategori.
Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.
Perbezaan
HTTP dengan HTTPS
Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah
rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada laman web seperti blog yang
tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit. Hypertext
Transfer Protocol Secure (HTTPS) pula bekerja
dengan SSL di mana SSL Digital
Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum menggunakan
HTTPS. Biasanya HTTPS
digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contohnya laman web
perbankan atas talian, e-mel, dan laman web e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya
HTTPS dijual oleh penyelia web hosting.
SSL Digital
Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan
pada laman e-dagang.
Sekiranya
laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat tersebut
bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak
jangan masukkan demi keselamatan anda.
PERKAKASAN & PERISIAN KOMPUTER
1 Komponen
Rangkaian
Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :
·
Kabel rangkaian
·
Kad antaramuka rangkaian
(NIC)
·
Hab
·
Suis (Switch)
·
Modem
·
Penghala (Router)
·
Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access
point)
Monday 27 October 2014
RANGKAIAN KOMPUTER
Rangkaian
terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi
sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan
komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan
melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya
inframerah (infrared).
Subscribe to:
Posts (Atom)